Arkitek dan Jurutera awam saling berkaitan tetapi juga bercanggahan antara satu dengan yang lain sebagai bidang profesional namun kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing.
Kejuruteraan awam merupakan bidang yang pertama dan yang paling meluas dalam kejuruteraan. Jurutera awam cenderung untuk bermula dengan gaji tinggi, mempunyai pasaran kerja yang luas dan boleh mendapatkan pekerjaan dalam kerajaan mau pun swasta.
Terdapat adanya keadaan dimana bidang kejuruteraan awam dan arkitek bercanggah. Konflik yang terjadi berkaitan dengan bidang yang mana satu mempunyai hak kuasa dalam arena profesional ini. Jurutera atau arkitek.
Setiap bidang mempunyai tujuan dan peranan. Jurutera-jurutera dahulu telah membina banyak reka bentuk binaan kejuruteraan yang sangat praktikal tetapi bangunan-bangunan ini kurang menarik dari segi reka bentuknya (estetik) jika dibandingkan dengan taraf reka bentuk pada hari ini. Tanpa arkitek semua struktur bangunan mungkin hanya berbentuk lurus dan segi empat.
Bidang arkitek mempunyai banyak pengkhususan yang tersedia kepada mereka yang mahu mengambil bidang ini. Arkitek juga terlibat dalam landskap, reka bentuk dalaman, dan juga apa-apa reka bentuk seni bina yang berkaitan.
Dari segi umumnya, perbezaan antara arkitek dan jurutera adalah arkitek fokus kepada reka bentuk sesuatu binaan yang estetik (menarik). Selain daripada itu arkitek lebih kepada pembelajaran berkaitan seni di dalam kelas dan hanya sedikit kursus tentang sains dan kejuruteraan yang dipelajari manakala jurutera fokus kepada sains dan kejuruteraan dan lebih kepada pembelajaran fizik dan kejuruteraan dan hanya sedikit belajar tentang seni binaan dalam kelas.
Disinilah berlakunya konflik diantara kedua bidang profesional ini dimana arkitek dengan begitu sahaja mengeluarkan seni binanya yang canggih dan estetik tetapi akhirnya jurutera yang mengambil peranan membuat pengiraan kejuruteraan daripada superstructure sampai ke substructure dan seterusnya pengiraan tentang kekuatan tanah menampung beban daripada atas. Semakin canggih reka bentuk seni bina arkitek itu semakin payah la pengiraan yang terpaksa ditanggung oleh jurutera. Seorang jurutera bertanggung jawab memastikan ciri-ciri keselamatan sesuatu bangunan itu dengan aplikasi formula-formula kejuruteraan agar tidak roboh pada masa akan datang.
Oleh itu kepada pelajar-pelajar yang diluar sana pilihlah bidang yang sesuai dengan minat masing-masing. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan merupakan bidang profesional.